Monday, January 21, 2008

Britney Spears peluk Islam???

Terperanjat!! manusia camni blh ke tertarik ngan islam.. atau saja nak buat kontroversi..
aku dapat mesej ni daripada Friendster... betul atau tidak, aku masih tertanya2


Employee of the month: Britney Spears, who stepped out in LA with her new boyfriend yesterday, has put the British photographer on her payroll

Britney Spears, 26 mahu memeluk Islam
untuk berkahwin dengan seorang pemuda
Muslim. Ya, begitulah lapor media
Barat sejak dua tiga hari lalu selepas
mendapati dia menjamu selera dengan
minum arak di sebuah restauran di Los
Angeles dengan seorang pemuda Muslim
berasal Afghanistan yang menjadi
rakyat Britain, Adnan Ghalib, 35.

Adnan adalah juru gambar paparazzi
yang sudah berumah tangga, tetapi
menyelinap keluar secara senyap-senyap
dengan Spears dan dilaporkan mereka
berdua sedang dilamun cinta.

Dalam laporan awal sesetengah akhbar
Amerika Syarikat (AS) menyebut Adnan
adalah bangsa Arab. Hal demikian
menyebabkan orang Arab bertepuk sorak
tidak terkira kerana gembira melihat
orang mereka berjaya mengurat penyanyi
pop AS terkenal. Ini sama dengan
cerita asmara Puteri Dian dengan Dodi
di mana sampai ada mengatakan Diana
telah memeluk Islam secara senyap-
senyap. Ada yang menulis buku tentang
Diana dan menyebut tentang Islamnya
itu termasuk penulis buku di Malaysia.

Bagaimanapun, cerita Spears dan kaitan
dengan Islam lebih menarik kerana dia
sendiri dikatakan membuat pengakuan
sebegitu untuk berkahwin dengan Adnan.

Sedikit masa lagi isu Spears akan
menjadi kecoh besar kerana pelbagai
tekanan yang dihadapi Spears dan Adnan
dari pelbagai pihak terutama serangan
media boleh menyebabkan berlaku macam-
macam perkara tidak terduga dalam
konteks agama.

Adnan Ghalib memakai Salib di dada.

Kini pun sudah nampak seperti ada
elemen agama turut terheret menjadi
faktor yang menyemarakkan kekecohan
isu hubungan Spears - Adnan ini
walapun mungkin Adnan hanya Islam pada
namanya saja jika kita mengambil kira
dia memakai Salib.

Ini kerana media Barat sudah pun
menampilkan isu hubungan Spears-Adnan
dari kaca agama. Media Yahudi termasuk
Israel pun tidak kurang hebatnya
membuat serangan. Ini kerana Spears
sebelum ini pernah dipengaruhi Madonna
mencari ketenangan jiwa melalui
penganutan kepada ajaran sebuah
tarikat Yahudi.

Seorang penulis Arab yang menyangka
Adnan bangsa Arab berkata, dia amat
gembira dengan berita Adnan dapat
menawan hati Spears itu kerana
menurutnya ini adalah kali pertama
pemuda Arab di kalalagan orang biasa
yang muncul sebagai berita besar dalam
media AS tidak dikaitkan dengan
keganasan dan apa jua jenayah.

Memang ada benar juga pandangan
penulis Arab ini. Kerana selama ini
jika ada berita orang Arabi di
kalangan orang biasa yang mencul dalam
media AS mestilah dikait dengan
keganasan dan jejayah.

Bagi orang Arab seperti penulis itu,
Adnan minum arak dan tidur dengan
Spears pun tidak mengapa, asalkan
dapat melihat dia mejadi berita besar
dalam media AS tanpa dikaitkan dengan
keganasan dan jenayah. Bagi mereka,
Adnan sudah menjadi hero mereka
walaupun dalam perkara yang tidak baik
atau dengan cara yang tidak baik. Ia
dianggap sedikit sebanyak boleh
mengubat sediit hati mereka yang
sentiasa dicap sebagap pengganas.

Bagaimanapun, seperti telah disebut di
atas, Adnan bukan orang Arab tetapi
orang Afghanistan yang menjadi rakyat
Britain. Lebih dari itu dia juga
walaupunn Muslim, tetapi dia memakai
Salib dan ini mungkin boleh dianggap
sebagai Muslim hanyut dan sudah
hilangan jati diri Islamnya. Wallahu-
a'lam.

Namun begitu Adnan dikatakan datang
dari keluar Muslim konservatif yang
tinggal di Birmingham. Bapanya Hussein
and ibunya Saghra merupakan orang yang
kuat agama.

Sprears dilihat sebagai mahu memeluk
Islam selain pengakuannya bahawa Adnan
adalah seorang sahaja lelaki dalam
hidupnya kini dan dia akan berkahwin
dengannya, dia juga dilihat memakai
pakaian pengantin Jumaat lalu. Pakaian
pengantin itu merupakan pakaian lama
yang pernah dipakai ketika berkahwin
suami keduanya dulu.

Spears juga dilaporkan sebagai berkata
bahawa dia bersedia untuk berpindah ke
Pakistan untuk tinggal bersama bakal
suaminya, Adnan.

Berita lanjut mengenai Spears dan
Adnan boleh dibaca di beberapa pautan
berikut. Anda juga boleh menonton
video tentang mereka berdua di pautan-
pautan Yostube di bawah.

1- Daily Mail: http://www.dailymai
l.co.uk/pages/ live/articles/
showbiz/showbizn ews.html? in_article_
id=507969& in_page_id= 1773

2- Show Biz Spy:
http://www.showbizs py.com/2008/
01/13/britney- spears-wants- to-marry-
paparrazo- boyfriend- and-turn- muslim/

3- Now: http://www.nowmagaz ine.co.uk/
celeb_news/ Britney_Spears_ wants_to_
marry_paparazzo_ Adnan_Ghalib_
article_173748. html

4- News of the worldL
http://www.newsofth eworld.co.
uk/1301_britney_ spears.shtml

p/s: arikel dicilok dr blog jauze.....

0 comments: